This picture Tells you people of how I drive my pain away ; by my bmx..
Hilang aku hilang. Mendengar, melihat dan merasai... Aku terpaku, aku gamam kekeliruan. Tersentak sejenak dan benak fikiran ku terhenti. Tidak merasakan sembarang perasaan. Aku hendak melangkah pergi. Namun aku pasti ini bukan jalan yang terbaik. Tidak setanding dengan apa yang DIA ada. Aku rasa bagaikan dunia, gelap buat seketika. Masa lalu yang kini dipandang sebagai kenangan, menjadi pengubat rindu. Aku tenggelam. Aku lemas... Bagaikan sesebuah drama berputar di mataku. Aku tidak tahu siapakah mereka. Yang aku tahu hanyalah mereka pernah bersama. Aku tidak pasti, namun aku mengerti. Lantas aku berpegang pada janji, yang telah aku janjikan untuk menjagamu. Namun apabila cerita atau kisah lama timbul semula dan berlegar di mataku, aku sedih. Kecewa tak terkata. Sebak juga di dada. AKU, kaku... AKu tidak tahu bagaimana harusku membimbingmu sedangkan kisahmu lebih mulia dan keras daripada apa yang aku lalui.. Ternyata, kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelangah..
Akan ku jadikan semua yang terjadi terhadap dirimu dahulu, sebagai pengajaran perjalanan hidup kau dan aku. Dan tidak lupa aku untuk membimbingmu. Tanpa kamu aku keliru.
Eddy Saadon.
Still By Myself..!, Saturday, July 03, 2010.